Majlis Perasmian IOC MD Kampar
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Turut hadir bersama adalah Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, YB Sandrea Ng Shy Ching, Ketua Pengarah PLANMalaysia, YBhg. Datuk TPr Dr Alias bin Rameli dan barisan tetamu kehormat yang terdiri daripada ketua agensi / jabatan Kerajaan Peringkat Persekutuan dan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, agensi-agensi teknikal, para perancang bandar serta komuniti setempat.